May 13, 2012

UNTUK MU IBU

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni

Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci

Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi

Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

* Selamat Hari Ibu untuk Mak tersayang Pn. Norriah dan Pn. Khatijah..
   LOVE U ALL VERY MUCH...
   
Jangan Jeles Ok..Aku ada dua Ibu... 
Tak Sabaqnya Nak Jadi Ibu Jugak....

No comments:

Post a Comment