May 8, 2012

SELAMAT HARI IBU

Assalammualaikum..
Pejam celik..pejam celik dah masuk bulan Mei kan..sekejap je masa berlalu..dah hampir setengah tahun..
Dalam masa yang sama banyak perkara yang sudah disetlekan dan banyak lagi yang perlu diteliti balik..semuanya demi meneruskan kelangsungngan hidup..hahaha..ayat mcm rancangan bersamamu..

Dalam Bulan Mei ni banyak perkara yang aku perlu ingat..sentiasa melekat dikotak minda..peristiwa demi peristiwa..hahaha..Bufday My Hubby.. Hari Ibu.. Hari Bapa..Hari Guru..Hari Buruh..Hari Perasmian Opis..Tarikh Lahir Adam my teddy bear..& macam-macam lagi la..

Setiap tahun aku belasah je tarikh Hari Ibu..sebab bagi aku Hari Ibu adalah hari-hari..tiap-tiap hari.." Hari Ibu "..so tak payah la letak tarikh.. hihihi..Sempena bulan Mei ni..Cheq ucapkan Selamat Hari Ibu untuk Ibu Cheq tersayang..Pn.Norriah Binti Abdul..Semoga Allah Panjangkan Umur Mak..Berikan Kesihatan yang baik dan kurniakan Kebahagiaan yang berkekalan hingga akhir hayat..Terima Kasih Ibuku diatas segala pengorbananmu untuk anakmu ini..Kami anak-anak mak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mak..

Dan juga kepada bakal ibu mertua aku..hehehehe..Datin Katty..Cheq doakan semoga mak pon dipanjangkan umor..diberikan kesihatan yang baik dan bahagia hingga akhir hayat..tak lupa juga buat semua ibu-ibu didunia ni..Selamat Hari Ibu..Pengorbanan Insan Bergelar Ibu ni tak mungkin akan anakmu lupa hingga akhir hayat..

* Aduii teringin la pulak aku nak jadi ibu...!!..Ibu mithali ibu yang sejati..Kasih sayangmu kasih yang suci..Pengorbananmu disanjung tinggi..Jasamu tetap di sanubari.. #mood touching..

aku kongsi gak tarikh Hari Ibu ye untuk pembaca semua..

13 Mei 2012 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

6 Mei 2012 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

27 Mei 2012 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2011 bagi negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2012 bagi negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2012 di Indonesia


anak untuk diadop...huhuhu..ingat aku nk bagi..sorry..




1 comment: