February 11, 2011

Kawan Baik Aku Dah Kawen

Dengan Volume paling kuat sekali i-phone4(dlm mimpi) aku berdering.. yang dengaq lagu Speak Now nyanyian Taylor Swift.. layan p la sat.. Bila jawab tfon dengaq suara mak aku bercakap. Assalammualaikum ya anakda. Apa habaq anakda ku ya habibi. Dah makan ker blum. Ibuda ada saring berita penting nak bagitau ni. opss.. jgn salah sangka mak aku bukan internet bergerak or astro beyond ok..

" Mak nak habaq ni, Kawan kamu Si Mun dh nak menikah ni..baru ja hantaq kad jemputan kenduri umah dia..ada dia habaq kt kamu ? " .. Oh ya ampun mak.. ada dia call cek semalam.. hehehe
..

Bila mun call dan bgtau dia dh nak kawen, aku ni rasa sgt gembira.. pertama sbb dia kwen dgn mmber satu kelas aku gak time sekolah.. kedua sbb kwn aku ni dh sampai seru dan jodohnya.. ketiga sbb aku lapaq nasi minyak kwn2 kwen.. huahuahua.. padehal dlm hati dok tanya bila la jdoh aku pulak nak sampai ni.. sabaq sabaq..ikot turn na..


Nnti aku upload gambaq kawen mun ok..la ni aku bz sgt..xsempat nak resaiz gambaq2 tu..huhuhu..



Kami bertiga kwn baikkk..

kami berdua masih singlerrr..

syok la shahar..dh dpt bini..







January 26, 2011

MAJLIS PERKAHWINANKU

Mohsin aku nikahkan dikau dengan Cik Siti Orkid Binti Lebai Leman Yahya dengan Mas Kahwin sebanyak Ringgit Malaysia 3ribu tunai.. Aku Terima Nikahnya Cik Siti Orkid Binti Lebai Leman Yahya dengan mas kahwin ringgit malaysia 3ribu tunai... Sah ke saksi-saksi sekalian.. tanya tok imam pada saksi.. jawab saksi-saksi.. SAH SAH TOK IMAM.. alhamdulillah..

Maka terijab dan terqabulah sepasang merpati ini.. Jodoh, ajal maut, rezki semuanya ketentuan Ilahi.. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.. Sekarang Orkid adalah sorg isteri kpd Mohsin..

Adakah pernikahan ini diatas kerelaan dan kehendak kedua belah pihak?..

Jika Ya.. Pasti kebahagiaan menanti,.
Jika Tidak.. Pasti Merana..

Sabar wahai hati.. mungkin ujian ini ada hikmahnya. Jika hari ini kau berduka tentu hari esok kau bahagia..

Bisik suara kecil.. Tenangkan hatimu.. Tabahlah engkau menempuhi ujian ini..

Perkahwinan yang sama sekali tidak terjangkau dek akal fikiran aku..untuk apa pernikahan ini?..aku pon blur.. Tapi kalau hangpa semua nak tau, aku diijab qabulkan dgn sorg tentera darat.. serius xensem.. bukan lelaki idaman aku.. argggghh..rasa nak tereyak..Makkkk Tolooonnng..

Tapi ada apa dengan ensem ?.. ensem bole bwk p supermarket then beli barang bayaq guna ensem ke ?.. ensem bole jamin masok syurga ke ?.. ensem bole jamin bahagia ke ?.. atau ensem bole dapat anak comel ke.. kahkahkah.. Tapi bg aku klu aku dapat laki xensem pon kira fair la kot, sbb aku dalam kurungan (canntteekk la juga)..huhu.. Kenapa dan mengapa ?.. sbb klu semua org cantek kwin dengan org ensem sapa plak nk kwen dgn org xensem.. mmmm

Kalau nak dikirakan Majlis perkahwinan aku ni mmg meriah la juga.. dapat seponser penuh dari en.suami aku.. mungkin dia tau aku xberapa nak suka kot nikah dgn dia.. tapi demi untuk mak n abh tersayang aku sanggup bekorban apa jua.. jiwa raga fizikal n mental.. uuhh.. untuk en.suami tima kaseh ye dear..(ikhlas ke tak ni..conpius)

Pengalaman berjalan di bawah pedang mmg best la.. sampai aku lupa aku ni nikah dgn pak en. suami yang aku tak cintai.. kereyeh kiri kereyeh kanan.. gigi dok nampak sedia.. syok la katakan.. dalam kampong aku xdak ag upacara ni diadaptasikan.. semua ni mungkin hadiah en.suami pada aku kot.. giler potong kek guna pedang, sumpah aku xpernah impikan semua tuu dalam idop ni..


Majlis kenduri tamat.. semua sepupu sepapat adik beradik baik jauh maupon dekat semua dah balik umah masing-masing.. tinggal la aku dgn en.suami.. ish cm na nak berdepan dgn dia ni. adduuh.. aku dh jadi segan, msti dia bajet aku cintakan dia kan.. argh buat xtahu je..

Woiii..hang ingat bila hang buat xtahu dkt en. suami hang tu hang bole lepas ke ???..
Hello mak cik, awk tu isteri org, ada tanggungjawab. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.. Syurga suami dimna plak ?.. mmm..ader ar..mna bole habaq di sini.

Akan ku tempuhi hidup ini.. akan aku belajar mencintaimu wahai en.suami.. akan aku jadi seorg isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anakmu.. tapi u kena janji !!.. i nak shopping tiap2 bulan n p jln2 melancong.. (banyak la cikadak hang)..plez en.suami.. klu u baca entry ni jgn bik ati ye kat part i kata u xensem tu ye.. huhuh..

Apapon makaseh pada en.suami n pamily sbb faham kehendak aku setakat ini.. aku syukur sgt sbb dapat en.suami mcm kamooo..

" Cinta adalah Ketetapan Hati Yang Ditumbuhkan Dariku, Yang menghubungkan Masa Sekarang Dengan Generasi Masa Lalu Dan Yang Akan Datang "


Kan Aku Dah Habaq.. Xensem.. Xensem.. Xensem.. hehehe, tapi aku syg.

January 4, 2011

2011 BARU MULA

Alhamdulillah..Allah masih panjangkan usia aku untuk tempuhi tahun 2011..harap2 tahun ni aku akan lebih cemerlang, matang dan berjaya dalam semua bab..

Azam Tahun Baru ??..oh, aku ada azam ker ?..banyak azam tahun baru aku..azam tahun 2010 yang tak tercapai pon aku repeate balik tahun ni..


Entah la..ari demi ari banyak asam garam hidup yg aku tempuhi..umo aku dh mnjngkau 24 tahun..maknye ckp klu umo cm ni dh bole nikah dh..kihkihkih..apo buleh buet..calon pon xdo..hampa semua nk tau ke apa azam aku?..


1. Azam pertama aku..nak cari pendapatan sampingan..NAK JADI KAYA RAYA..hehehe..klu bole thun ni nak bg duit lebih kat mak n abah tiap2 bulan.


2. Belajaq sungguh-sungguh sampai berjaya..dpt CGPA baguih..(Makaseh Maknye n Paknye sbb sponser yuran tiap2 sem..klu harap anaknye nk menyimpan..mmm hampeh)..


3. Kerja baiek-baeik, jaga nama baeik bos, department, n jabatan..hehehehe..aku nk jadi seoarang yg lebih ikhlas dlm memegang tanggungjwb sebagai seorg pekerja..dapat rezki yg berkat..amin..


4. Nak cari boypren..!!!..hahaha..xtau nak cari kt mana..de sesapa yg bole tlg tak?..


5. Menamatkan zaman bujang adalah salah satu azam yg aku carry foword setiap tahun...hahah(poyo jer)..uuwweekk..


Xde azam yg xbaguih..semuanya nk yg elok-elok..mana de org baik berazam nak jadi perompak or perogol bersiri. Mana ada org yg dh kawin berazam nk cerai, nak tambah bini ag ade la. Nak pasang angan2 mmg senang..tp dek nk menunaikannya Allah je yg thu.


Jadi..oleh sebab itu, aku berazam ala kadar je la..byk ag azam-azam xmasuk dek akai ni ada dlam kepala otak aku ni. Tapi malas la nk cerita..huhu.

December 28, 2010

2010 Bye..Bye


Dh lama aku tak update blog aku ni..bkn xde masa..tapi malas nak layan..2010 banyak bg dugaan pada aku..bermula dari kisah suka berakhir dengan kisah duka..biasa ar..klu xde suka mana nk mai duka..klu xdak duka mana nk mai suka..ops..ulang ayat yg sama plak..


Benda yang sedih bayak sgt..xtau nk cerita yang mana satu..bab percintaan ?..sumpah, aku gagal..bab nak manage kewangan dengan baeik pon aku gagal..bab nak capai azam tahun 2010 rasanya baru tercapai 60%..cm na ni wei..


Kalau aku cerita kisah cinta aku..mmg xhabis la satu hari..so, xpyh la nk cerita..benda dh lalu..klu dikenangkan balik sakit ati jer beb..la ni aku relax pisang je dulu..cinta cintun aku hold dulu dari kamus minda aku ni..


Ogos 2010.. Genap setahun aku berkhidmat dengan goment ni..pahit manis aku rasa..tanggungjwb yg diamanahkan insyaallah akan aku lakukan dengan sebaik mungkin.penuh ikhlas dan berdedikasi...alhamdullillah, exam aku dh lulus semua..mentor menti pon dh dapat sijil..cuma tnggu nak confrm je.makaseh pada mentor aku yang comel (lelaki yang baik) n kengkawan yang byk bg tunjuk ajar..hehehe


Sept 2010.. Aku dh mula kelas..jeng..jeng..mesti hampa tak tau kan..aku dh sambung blajaq balik..makaseh mak n abah coz bg injection bantuan kewangan tuk bayaq yuran..mahal lol..aku syukur sgt sbb lahir sebagai anak abah n mak yang sentiasa faham cita-cita aku ni..( cek janji cek akan belajaq sungguh-sungguh)..


Nov 2010.. Setelah lama aku nantikan..setelah lama aku bersabar..akhirnya..aku dapat balik hak aku..sorry bro.aku terpaksa berkasar..sbb cara mcm tu yang kau nak..(pedulik apa aku)..aku sangat benci pada kau..kau ingat kau siapa..ahli muzik?, doktor?,..argh aku xde jawapan..cerita panjang pon wt semak entry aku jerrr..


Dis 2010.. Dugaan besaq bagu aku sepanjang perjalan cerier aku sebagai seorang technician (mcm dh keja 15 tahun..hehehehe)..barang berharga dibawah jagaan aku telah ghaib..aku pon xtau time bila menatang haram (bukan sejenis yg halal) telah menghaibkan barang tersebut..

Buntu kepala otak aku ni dok pikiaq..sedih ati aku ni..aku ni dh la tak konpom ag..jadi plak benda mcm ni..sekali gus reputasi aku sebagai seorang yg berwibawa (atas lantikan diri sendiri) terjejas sama sekali dek keperibadian insan yang mempunyai perangai kecelakaan itu..bukan salah aku..aku xcuai..barang 2 ghaib dalam bilik berkunci..


So, aku harap pihak yang menunding jari pada aku 2..sila tarik balik jari anda..takot nnti jari anda terkena mesin kukuq nyok..dlm erti kata lain xbaik tuduh org lain bersalah sedangkan xtau betol ke tak..



May 27, 2010


Jika Seseorang Itu Hadir Dalam HidupKU..Maka Dia Menjadi Sebahagian Dari HidupKU..Tapi Atas Sebab-Sebab Tertentu Dia Terpaksa Pergi..Jangan Terlalu Sedih Wahai HatiKU..Terimalah Kenyataan Itu..Sekurang-Kurangnya Dia Pernah MembahagiakanMU..

Kadang-kadang Allah Sembunyikan Matahari..Dia datangkan Petir & Kilat..Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari..rupa-rupanya Allah Memberi Kita PELANGI


Jadilah seorang WANITA dalam bekas kaca yang sukar disentuh..hanya orang mampu sahaja bole memilikinya....

May 21, 2010

HATI oh HATI...


Aduhai..mengapa mengeluh.. Bukan aku yang mengeluh..tapi HATI.. HATI..sepikanlah dirimu.. Janganlah engkau berbicara lagi..Kerana ianya perit..Amat perit untuk dilalui..perit untuk dihadapi..

Tapi HATI mengapa kau pilih DIA untuk disayangi..APA yang kau dapat ??.. KAU disayangi ?..KAU dibelai ?..KAU dihargai ?..Pastinya TIDAK sama sekali.. TAPI yang pastinya kau TERLUKA lagi... Luka lama belum sembuh, luka baru bertandang lagi... KAU bergitu mengikut kata hati..KAU terlalu telus..KAU mudah menyayangi..Mudah Jatuh HATI..tapi tidakah kau ingat..Kau BUKAN untuknya..

Pasrahkah enkau untuk menghadapinya..Tabahkah engkau untuk menerima hakikat ini..hakikat hidup yang memang sudah tertulis buatmu..KAU selalu tidak bertuah..Dugaan demi dugaan bertandang..kau tidak hadapi..tetapi kau biarkan ianya berlalu pergi..KAU lari dari realiti.. Dari mana ?..Dari mana kau dapat kekuatan ini..kau kuat menyeksa diri..pernahkah kau fikir untuk kecapi kebahagiaan ini..sudah PASTINYA tidak pernah..aku sangat yakin..yakin dan yakin..kau lebih rela terseksa..demi melihat ORANG LAIN bahagia..

PERNAH tak orang lain FIKIR untuk bahagiakan engkau...jawapanya sudah pasti TIDAK PERNAH..ok..ok..aku terima alasan kau..alasanya KAU SAYANG PADANYA.. kau rela menderita demi melihat DIA bahagia..

Tapi..kau tahu tak..disebalik itu kau adalah PENGECUT, PENAKOT...kau rela diperbodohkan... mana perginya penderianmu selama ini..penderian yang engkau akan mempertahankan HAK MU..MILIK MU.. aku hairan...sangat hairan..kau terlalu rapuh..rapuh untuk berdepan dengan masalah sendiri..kau lari dari masalah kau sendiri..

APA DAH JADI..??? HATI OH HATI..

YANG TERINDAH

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah