Tergerak jari jemari ini untuk menglakarkan apa yg terbuku dikesayuan hati ini..
Perginya insan yang disayangi Allah S.W.T.. dibawa pulang oleh Malaikat yang diutuskanNYA untuk kembali kepadaNYA.. Nasib dia sudah pasti.. Bagaimana pula nasib kita..?
Apabila sudah tiba masanya..tidak lewat sesaat mahupun awal sesaat..semua nya telah tertulis di Lauh mahfuzNYA.. segala apa yang dipinjamkan didunia ini akan kembali kepada penciptaNYA.. Itulah qadha qadar Allah buat semua makhluknya.
Pergimu tiada pengganti wahai saudaraku.. Kita sama-sama membesar.. walaupon bulan kelahiran berbeza namun kita seperti kakak dan adik.. kita sama-sama mengenal ABC... kak cik ingat lagi.. masa bergaduh di tadika..kamu juga leraikannya..
Masih segar diingatan, dulu masa kecik-kecik..kita pernah p nat selasa Simpang Empat berdua..naik bas HBR.. lawak kan time tu.. sbb kak cik nk sgt p nat tu..kamu terpaksa teman kak cik.. pusing punya pusing..beli limau jer..last skali kita balik juga naik kereta sapu.. klu kita cerita sama-sama mesti kita gelak sakan kan ?
Bila disekolah rendah kita juga popular.. nak kata kita ni terror sgt belajaq pon tak juga..nk kata kita terror bodek cikgu pon tak juga.. tapi yang pastinya batch kita memang popular la.. ada mat rafie.. ada jamal..ada naila..ada rosmina.ada asri dan ada ramai lagi la..
Kita langkah ke sekolah menengah..seterusnya tingkatan 6 rendah.. beberapa bulan start belajaq nk bik STPM..kita dapat tawaran politeknik.. Politeknik yang sama juga.. cuma course berlainan.. yeah..kita langkah juga ke IPTA.. tahniah buat kita.. sbb dalam keluarga kita dah jadi anak harapan time tu.. hihihi.. manis kan ?.
Habis belajar kamu dah dapat sertai PDRM.. Kak Cik belom lagi.. masih gigih lagi naik tangga PTSS untuk ambik diploma.. Rezeki kamu sangat murah saudaraku.. Allah berikan kamu merasai kemanisan dunia ini dengan indah sekali..
Kak Cik ingat lagi.. kamu ada bgtau kak cik yang kamu nak datang KL then pergi Raub selepas raya puasa ari tu.. Ayah pon ada cakap nak singgah rumah Kak Cik before p sana.. Kamu macam malu-malu kan nak cerita dengan kak cik tantang buah hati kamu.. sebab kamu memang seorang yang sangat rendah diri dan pemalu sangat kalau bab personal ni kan..
Gelak tawamu masih segar diingatan bila kamu menyakat Kak Cik dan tanya soalan "best tak kawen".. berkali - kali kamu cakap sorry ditelefon sebab tak boleh balik masa kak cik kawin.. dan cakap time kamu kawen jangan plak kak cik balas dendam, tak balik kampung.. kamu memang suka buat lawak kan..
Namun sekarang sumuanya tinggal kenangan..last sekali kita jumpa dihospital..keadaan kamu masa tu masih lagi kuat melawan penyakit kamu.. masih lagi tersenyum dan bergelak tawa.. dan sempat juga mengingatkan kami semua supaya jangan risau..kamu akan sihat dan cakap tak rasa sakit pon..
kamu sengaja cakap macam tu kan sebab tak mau mak lang dah dan ayah risau kan.. kamu juga tak bagi kami balik sebab kamu cakap tak puas nak sembang lama-lama dengan kami semua.. Sebelom kak cik balik KL..kak cik tak sempat nak jenguk kamu lagi..
Tanggal 28 Muharram 1435H jam 1.30am Kak Cik mendapat khabar berita dari mak.. kamu pulang kepangkuan Ilahi buat selamanya.. Sungguh terkejut dan tidak disangka.. begitu cepat kamu tinggalkan kami semua.. Namun kak cik redha, sebab kamu dijemput dalam bulan yang baik..dimasa yang baik..
kamu seorang anak yang soleh.. ahli keluarga yang bertanggungjawab.. saudara yang baik.. kawan yang baik.. dan kamu juga seorang hamba Allah yang sentiasa merendah diri walaupon kamu dipuji dan dijulang keluarga serta rakan-rakan..
Seluruh minda yang mengenalimu menangisi pemergianmu wahai saudaraku.. seluruh minda itu juga berdoa untuk mu wahai saudaraku.. Itu semua hadiah buatmu diatas segala keikhlasan dan sifat-sifat baikmu selama bersama kami..
Maafkan Kak Cik sebab tak balik menziarah dan menghantar kamu buat kali terakhir.. kak cik hanya mampu kirimkan doa buatmu wahai adikku..
Kak Cik doakan semoga Allah S.W.T menempatkan kamu dikalangan orang-orang yang beriman.. Dijauhkan kamu dari segala azab dan semoga kamu tenang mengadap yang Maha Esa..
Akan kami sentiasa rindukan kamu wahai saudaraku.. Damai dan tenanglah engkau disana..
Mohamad Yazid Ibrahim dalam kenangan.. 1987-2013
Al-Fatehah..