May 31, 2012

BERTUNANG ITU HARUS


Assalammualaikum..

Lama kan aku tak update blog ni.?. saja je mendiamkan diri.. Sebenaqnya aku sibuk sikit.. Semester pendek yang aku ikuti sekarang ni cukup mencabar buat aku.. bayangkan kelas dalam masa lapan minggu then final exam.. aku pilih untuk ambik tiga paper.. Semuanya sebab aku nak cepat habiskan pengajian ini.. wawawawa..

Cakap bab tunang plak..ya tak lama lagi akan berlangsung majlisnya.. aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar.  InsyaAllah dengan izinNya.. Amin..

Bertunang sebenaqnya diharuskan dalam Islam.. Majlis pertunangan pula adalah adat semata-mata.. Pernah aku terbaca dalam satu artikel 

Jika seorang lelaki mempunyai niat untuk memperisterikan seorang wanita tersebut dan menyatakan hasratnya kepada keluarga wanita tersebut..itu juga sudah dianggap bertunang.. maka haram untuk wanita itu menerima pinangan lelaki lain.. “.. 

tetapi lain pula dangan adat melayu.. bertunang mengikut adat adalah dengan menyarungkan cincin pertunangan.. ya itu juga mungkin tanda wanita itu sudah berpunya.. hurmm..So kalau tak cukup duit tak leh tunang la ye...huurrrmmm...

Tetapi perlu juga di ingati.. apabila sudah bertunang.. maka banyaklah juga dugaannya.. Tempoh pertunangan yang lama mungkin bole membuatkan hubungan itu menjadi hambar.. Si lelaki perlu menjaga tingkah laku.. Dan Si Wanita pula perlu dah tentu la kena jaga perangai tu.. Jangan dok melalak sangat kat public macam serigala jadian..

Masa aku taip entry ni sebenaqnya aku tengah design kad pertunangan untuk housemate aku tersayang.. nama manja yang aku bagi untuk dia ASU..hihihi.. dia bakal langsungkan majlis pertunangannya 24 Jun ni.. Tahniah ASU... Status anda bakal bertukaq.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. dan kamu suka apa yang saya designkan untuk kamu ini !!

 
Pandang Dari Depan !!!...Bunga Conteng-conteng..

Tengok dalam de apa..sebenaqnya ni tuan empunya kad belom tgk.mungkin ada perubahan dr segi colour or lain2

Hahahahha.. jangan terpedaya OK !! bukan aku yang nk bertunang.. but my osmate !!..

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Allah Taala ertinya takwa..

Aku da banyak lagi design..ni yg simple ja..sbb mau jimat toner..hahahaha..hampir tiga tahun aku tinggal photoshop & coreldraw..menglilau mata cari icon..hahahaha..pe2 pon thanks to En.Nasir ex bos aku..sbb ilmu yg dicurahkan sepanjang aku bersama team NASUHA..kalau hangpa perasan banyak sighboard MARA di Perlis hasil tangan anak melayu ini..dia OKU ok..but dia seorang yang gigih..tabik la boss..gile kau..walaupon berkaki palsu..anak de empat ok !!!! hihihihi.

May 13, 2012

UNTUK MU IBU

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni

Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci

Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi

Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

* Selamat Hari Ibu untuk Mak tersayang Pn. Norriah dan Pn. Khatijah..
   LOVE U ALL VERY MUCH...
   
Jangan Jeles Ok..Aku ada dua Ibu... 
Tak Sabaqnya Nak Jadi Ibu Jugak....

May 8, 2012

SELAMAT HARI IBU

Assalammualaikum..
Pejam celik..pejam celik dah masuk bulan Mei kan..sekejap je masa berlalu..dah hampir setengah tahun..
Dalam masa yang sama banyak perkara yang sudah disetlekan dan banyak lagi yang perlu diteliti balik..semuanya demi meneruskan kelangsungngan hidup..hahaha..ayat mcm rancangan bersamamu..

Dalam Bulan Mei ni banyak perkara yang aku perlu ingat..sentiasa melekat dikotak minda..peristiwa demi peristiwa..hahaha..Bufday My Hubby.. Hari Ibu.. Hari Bapa..Hari Guru..Hari Buruh..Hari Perasmian Opis..Tarikh Lahir Adam my teddy bear..& macam-macam lagi la..

Setiap tahun aku belasah je tarikh Hari Ibu..sebab bagi aku Hari Ibu adalah hari-hari..tiap-tiap hari.." Hari Ibu "..so tak payah la letak tarikh.. hihihi..Sempena bulan Mei ni..Cheq ucapkan Selamat Hari Ibu untuk Ibu Cheq tersayang..Pn.Norriah Binti Abdul..Semoga Allah Panjangkan Umur Mak..Berikan Kesihatan yang baik dan kurniakan Kebahagiaan yang berkekalan hingga akhir hayat..Terima Kasih Ibuku diatas segala pengorbananmu untuk anakmu ini..Kami anak-anak mak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mak..

Dan juga kepada bakal ibu mertua aku..hehehehe..Datin Katty..Cheq doakan semoga mak pon dipanjangkan umor..diberikan kesihatan yang baik dan bahagia hingga akhir hayat..tak lupa juga buat semua ibu-ibu didunia ni..Selamat Hari Ibu..Pengorbanan Insan Bergelar Ibu ni tak mungkin akan anakmu lupa hingga akhir hayat..

* Aduii teringin la pulak aku nak jadi ibu...!!..Ibu mithali ibu yang sejati..Kasih sayangmu kasih yang suci..Pengorbananmu disanjung tinggi..Jasamu tetap di sanubari.. #mood touching..

aku kongsi gak tarikh Hari Ibu ye untuk pembaca semua..

13 Mei 2012 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

6 Mei 2012 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

27 Mei 2012 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2011 bagi negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2012 bagi negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2012 di Indonesia


anak untuk diadop...huhuhu..ingat aku nk bagi..sorry..




May 3, 2012

TANAH ITU SANGAT TINGGI

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana termasuk la aku ni..

Dah bertahun rasanya tak jejak kaki ke sana. Dan kesempatan cuti umum hari pekerja aku rebut peluang tu untuk kesana..eh sesuai ke guna perkataan rebut. Perjalanan dari KL mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke atas ikut laluan Tapah. En.Hubby drive agak macam pelumba F1 Malaysia la time tu. Aku rasa cam nak muntah jer. Tapi laluan tu nice la. Siap jumpa air terjun Lata Iskandar lagi. Tapi kitaorg tak singgah pon sebab xcited sangat nak cepat sampai..hahaha

Dah sampai sana..fuhh..leganya..hihihi..jom layannn..

Banyak sangat pilihan..rambang mata cheq..Bila tgk cactus ni..
 
Ni part yang aku suka ni..rasa cam nak ambik semua ja..hahaha


Ladang Teh Kami..hahah...hangpa ado.??
Ladang iteww sangat cantikkk..!!
Kami Bersama..