April 30, 2012

SIKAP @ TABIAT

Assalammulaikum...
Hari ni terpanggil aku untuk update blog aku ni setelah beberapa hari aku membungkam diri..cermin diri..suluh diri..dan sibukkan diri tentang diri sendiri...

Semankin aku tempuh hari-hari aku..semankin aku tak faham dengan ragam manusia sekeliling aku...manusia yang punya sikap..manusia yang punya tabiat..walaupon maksudnya lebih kurang sama..tetapi wordsnya tetap juga berbeza..

Sikap suka becerita tentang hal orang lain..bercakap tentang hal yang tidak benar dan tidak perlu..mendatangkan ketidak selesaan pada org lain..semua tu sangat jijik kot..bukan aku nak bagitau yang aku ni baik sangat tapi eloklah sebelum kita lembutkan lidah bercakap tentang org lain..kita renung diri tu..cakap guna otak..TAK PERLU rasanya nak reka cerita yang tak benar..sbbnya hang dah tak dak isu nak sembang..nak jadikan aku mangsa keadaan hang kenapa ??..

" Banyak Cakap Banyak Dosa"..selalu aku ingatkan diri aku tentang perkara ni..dalam masa aku cuba perbaiki diri..dalam masa aku cuba kenal diri aku..dalam masa aku cuba untuk jadi yang terbaik..kenapa MULOT hang tu lancang sgt nak bercakap tentang aku..

Hidup dah berabat lamanya...wahai insan..wahai wanita..wahai kakak..wahai mak cik..wahai gadis..kita sesama perempuan..sama-samalah kita jaga tingkah laku kita..walaupon ilmu agama aku tak tinggi macam hang..tapi aku tau maksud FITNAH..jadi tak payah la hang nak bawak mulot busuk tu update cerita tantang aku..apa yang hang nak..dan apa yang hang ingin tahu ?..aku pon tak pasti..

TAPI yang aku tahu..hang PASTI berpuas hati kan..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..sbb ALLAH bagi dugaan ini untuk aku..
PASTInya ALLAH ingatkan aku..
Dan kepada hang wahai kakak..ambil masa..muhasabah diri..jgn hang ingat hang sedang berada di satu tempat yang baik itu untuk selamanya..fikir perasaan org lain..jaga perilaku diri..supaya org tak cop kita sebagai wanita yang tak bertamadun..
Setiap hari kita bawak imej diri kita..imej kedua ibubapa..imej suami..imej keluarga..dan imej organisasi..
Kalau orang asing yang keja clenner pon reti jaga perilaku diri..Tak kan la kita yang ada sedikit pendidikan ni tak reti nak menghormati orang lain..

Renungkanlah diri kita..sikap kita...tabiat kita...sebelum kita nampak kesalahan orang lain..dan BERSIH kan lah mulot lidah kita dari bercakap sesuatu yang tidak benar tentang orang lain..
 

 
*kami juga tak sokong perhimpunan BERSIH 3.0





April 22, 2012

CERITA DISUATU MASA

Assalammualaikum....
nak aku hupdate blog ini...idea nak bercerita tu mencurah-curah mcm air turjun gua kelam Perlih tu...taip..jari ni malas plak nak sentuh skrin ni...boleh plak cam tu kan.. aduiiii...rasa cam nak bela kucing jer...My mother in law leh tak cheq nak bela kucing...nnti time cheq keja nak minta tlg mak jagakan boleh??...hihihi

hurmmmm..weekend yang tak terluang....tak sabar nak habiskan study ni...malas dah nak taip...tgk pic je la kan.






April 20, 2012

MENITI JANJI MENGAPAI IMPIAN

Salam...lately rajin pulak aku ketuk keyboard untuk hupdate blog aku ni..arrrgghh..tak de maknanya aku nk hupdate blog guna galaxy tab tuuu..menyusahkan...hahahaha..touch sikit je trus hilang habih gambaq..aku gerammm !!!

Hihihi..entry kali ni aku nak cerita tentang aktiviti hari minggu aku..jam berganti hari..hari berganti bulan..sejak dua tahun yang lalu aku ambik keputusan untuk sambung belajaq balik..First sekali aku memilih Open Universiti Malaysia..Semangat berkobar-kobar..penuh kegigihan..dengan sokongan En.Hubby aku pon p la mendafar pada hari yang ditetapkan..uih..ramai gak orang..terleleh ayaq liuq kami dengaq taklimat..

Semester satu bergelar student partime untuk Degree Networking di OUM..ada tiga org gegurl dalam kelas termasuk aku..Dua orang dah kahwen..aku bujang ag..yang lelakinya tigapuluh org..de laki org..de yang bujang..Bagi aku tak kesah pon kalau lelaki ramai dalam Course Networking ni..sbb aku tau tu mmg minat lelaki..tapi masuk je semester tiga..tinggal aku sorang je gegurl..Yang lain aku tak tahu hidden kat mana..Time ni la aku jadi bengong sat..tak de group nak study..nak wat exciment..nak wt projek..huhuhu..terumbang ambing aku..mcm kapal tak de sauh..dan akhirnya aku kecundang jugak..aku ambik keputusan untuk berhenti disitu..owhh..tidaaakkk !!!..alasannya tak de kawan dalam kelas..puii..
*takdekejayaancemerlangyangakukecapidisitu..maafkan anakmu wahai ibunda dan abahda...

Aku tak putus asa disitu sahaja..akhirnya aku apply untuk masuk UTM..alhamdulillah..aku diterima masuk ke UTM dengan mentransferkan beberapapuluh jam kredit yang aku bawak dari politeknik dulu..syokk oo..sbb tempoh pengajian aku jadi pendek..so cepat habih leh cepat kawen..hahahaha..*betolkan niat kamu cik yati !!!..

InsyaAllah akan aku buat yang terbaik untuk diri aku sendiri..hadiah buat Mak dan Abah..ishh..tak sabaqnya nak konvo..!!..banyak dugaannya kalau study partime ni..masa yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya..sokongan padu dari Mak & Abah tersayang..En.Hubby tercheinta..kawan-kawan yang i lap u olls..semua tu aku perlukan saat ni..terima kasih semua !!..

Disini segala ilmu yang dicurahkan akan ku tadah..
Sebagai seorg Projek Manager..aku pastikan yang terbaik untuk group aku..
Terima Kasih Cybertron..Kamu semua telah buat yang terbaik
Diantara kami semua..Bersatu itu teguh..Bercerai itu roboh..
Perbincangan..Dan Hasilnya Mantap..


Kami Semua Bersama !!!

April 17, 2012

Selamat Hari Tua Kawan Saya !!!.

Hari ini biarkan berlalu..hari esok datang lagi..jadikan hari esok lebih baik dari hari  ini..kepada kawan saya Cik Xue Raiha yang ulangtahun hari kelahirannya jatuh pada 17 April ini saya doakan semoga panjang umur..murah rezeki..sentiasa mendapat pertunjuk & hidayah Allah..cepat-cepat la kawen..tak sabaq nak tengok anak menakan ni..!!..dan bahagia selalu disamping bakal suami tercinta....

Maaf ye sebab hari ini kami dengan jayanya telah membuatkan fikiran anda menjadi cakar ayam sekejap..hihihihi..anda bermasam-masam dengan bakal suami ye...aik..tak nak ngaku..tu update kat tweet tu..hahahaha..

Saya bersama Bibiana ingin memohon banyak-banyak maaf sebab tak bagi kamu
hadiah..ha haahahaha..tapi kami ingin bagi kamu ini..!!..


segerombolan kek kecik untuk kamu!!! 

segedebuk fresh flower yang dihantaq oleh apek ensem!!!
suuuuukkkkeee tttaaakkkk????..





THIN CLIENT

Salam...ari ni nak plak aku kongsikan sedikit ilmu yang aku belajaq dari vendor yang mai opis aku ni..
Sebenaqnya Ilmu ni dah lama aku dapat..dah lama aku taip..tapi stay dok dalam drafflist sebab taip tak habis..tu la namanya pemalas nak ketuk keyboard..hahahaha..

   
 ni nama dia ministation @ pcministation..
aku ambik gambaq ni ehsan from google jer..sbb kat opis aku belom ada benda ni..
so tak bole nak snap gambaq harta kerajaan ini lagi...


Untuk makluman semua pembaca..konsep THIN CLIENT ni sebenaqnya..kita gunakan beberapa set komputer (monitor, mouse, keyboard) dengan satu Cpu...maksudnya data & pemprosessan dicentralisekan la ..Cpu tu plak kena specs yang tinggi sikit la..tak bole la yang cikai-cikai ja..hahaha

Maknakata disini..user akan simpan semua data dalam satu Cpu tersebut..pada Cpu tersebut akan diberi partition masing-masing untuk user..so klu user A sedang menggunakan Microsoft Word..user B stay bole buka Excell..setiap kerja yang dilakukan oleh user tak akan mengganggu user lain..

Untuk capaian Internet juga tak akan terganggu..setiap user bole masuk ke laman web yang diminati..kadar kelajuan capaian juga agak baik..masuk la selagi bole masuk..kecuali laman web yang dah diblock firewall tu memang tak bole la..habaq siap-siap la..nnti kata aku muhung plak..

Sebenaqnya konsep ni amat menjimatkan dan berbaloi la kalau dia applykan..contohnya nak applykan konsep ni di makmal komputer opis aku ni..ok la..aku suka la..Cpu yang prosessornya 4core bole support maximum 20 user..wah..jimatnya !!!..

Operating System nya bole guna Windows biasa atau nak pakai Open Source cam Ubuntu pon bole..
Untuk perisian Microsoft Office pulak beli yang satu licence je..sbb pakai satu je Cpu..hihihi..klu nk free gak..pakai Libre Office sebagai pengganti Microsoft Office..Ciri-cirinya sama seperti Microsoft Office biasa..cuma klu firstime guna tu kena xplore la sikit..cam aku ni..bengkak mata dok cari cam nak nak boldkan tulisan..hahaha..Libre Office ni bole didownloadkan secara percuma kat internet..semudah ABC kan...eeyyeekk..

Hok paling aku suka sakali ttg Thin Client sbb tak payah nak buat maintanance untuk banyak-banyak pc..habis je org guna aku reboot ja pc tu..hahahah..sapa suruh tak simpan data dlm thumbdrive masing-masing..

Banyak lagi la kebaikan apabila guna konsep Thin Client ni..contoh jimat elektrik...jimat ruang..

DAN kalau nk mujarab lagi..guna la produk Thin Client yang sudah sedia terinstall contohnya Compaq, IBM, Nesvista, Acer dan banyak lagi la..Costing untuk setup Thin Client ni kena ada lebih kurang 15K la..untuk maximum 20 user/ 1 high core processor...

Setahu aku Perpustakaan Negara KL dah guna konsep Thin Client ni untuk PC yg diletak kat lobi perpustakaan tersebut..kalau kot hangpa terhantaq anak menakan ke..teman boyprend/gurlprend study kat situ ka..leh la p jengok apa kebenda Thin Client ni..

Hihihihi..dah la..lain-lain hangpa google la sendiri..bye..

 
gambaq ni pon aku google ja..ni la konsepnya kalau nk jelas lagi..